Pages

Wednesday, February 6, 2013

MASUK KE SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH

KITA MASUK KE SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH...bukannya amalan kita...berwaspadalah...

Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah SAW katanya:”Wahai Muhammad demi ALLAH yang mengutusmu sebagai Nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba ALLAH yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.

Dan di situ ALLAH Ta'ala mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan ALLAH Ta'ala juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba ALLAH itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada ALLAH Ta'ala supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka ALLAH Ta'ala pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi:”Oleh itu setiap kali kami sentiasa melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada ALLAH Ta'ala lalu ALLAH Ta'ala berfirman kepada malaikat: ”Masukkanlah hambaKU itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatKU:” maka berkata orang itu: ”Dengan disebabkan amalku?” Maka ALLAH Ta'ala menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang ALLAH Ta'ala berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang ALLAH Ta'ala berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka ALLAH Ta'ala berfirman:” Masukkan ia kedalam neraka”. Apabila dia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:”Ya ALLAH, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMU.” Lalu ALLAH Ta'ala berfirman kepada malaikat:” Bawakan dia ke mari”.

Kemudian ALLAH Ta'ala bertanya orang itu:”Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada” Lalu orang itu menjawab:”Engkau ya ALLH”. Kemudian ALLAH Ta'ala berfirman lagi: ”Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKU?”.jawab orang itu:”Ya ALLAH, dengan rahmatMU.”

ALLAH Ta'ala berfirman lagi:”Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?”. Jawab orang itu:”ENGKAU ya ALLAH”.

ALLAH Ta'ala bertanya lagi:”Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?”

lalu orang itu berkata:”Ya ALLAH, ya TuhanKU ENGKAUlah yang melakukanya.”

ALLAH Ta'ala berfirman: ”Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku.” Malaikat Jibrail berkata:”Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat ALLAH Ta'ala.

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang ALLAH Ta'ala berikan pada hambaNYA, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga ALLAH Ta'ala sebaliknya memohonlah dengan rahmatNYA.

Sebab hanya dengan rahmat ALLAH Ta'ala sajalah seseorang itu dapat memasuki syurgaNYA. Apabila kita memohon kepada ALLAH Ta'ala supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNYA maka mintalah supaya ALLAH Ta'ala memasukkan kita dengan rahmatNYAke dalam syurga FIRDAUS. Insya ALLAH.

0 comments:

Post a Comment

 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.