Pages

Wednesday, December 26, 2012

Nasihat Kubur




Semua orang tahu, setiap hari semakin pendek umur kita.
Maka semakin hampirlah kita kepada alam kubur. 
Tapi bersediakan kita untuk ke sana. Apakah bekalan kita pula ya. 

Sabar dan Solat



Ketika masalah datang , tak usah dipikir jalan keluar hingga penat , awak hanya perlu sabar dan solat .. :)

Kita sering kali mencari pertolongan ke sana sini ketika kita ditimpa masalah, tetapi kita mungkin malah selalu lupa untuk menadah tangan memohon pertolongan kepada Allah SWT melalui solat dan sabar. Solat adalah bukti ketundukan dan kepasrahan kita kepada Allah SWT, solat adalah do’a, solat adalah ibadah yang bukan hanya memuji Allah SWT tetapi juga diisi dengan permintaan-permintaan kita kepada Allah SWT.

Renungan Buat Kita Semua


Pernah tak kita rasa pelik bila setiap kali buat benda-benda ibadah seperti berzikir, mengaji, study, anda akan rasa masa berjalan dengan amat perlahan. Tapi bila kita buat benda-benda yang melalaikan seperti main game, facebook, chatting, masa terus bergerak dengan laju?

Pernah tak kita terfikir yang sebenarnya bila kita buat benda-benda yang melalaikan tu, Allah dah tarik sebahagian waktu supaya ianya habis bgitu je? Dan mungkin bila kita beribadah, Allah 'perlahankan' waktu / masa supaya kita boleh buat lagi banyak ibadah ?

Renungan..

Redha dengan segala ketentuan-Nya

Alangkah INDAHNYA kalau dapat kita FAHAMI bahawa setiap INCI ujian yang kita alami adalah sentuhan KASIH SAYANG daripada Allah kepada kita.. tidak pernah sekalipun ujian-Nnya datang untuk menjauhkan HAMBA daripada TUANNYA, bahkan untuk menjadikan MANUSIA INGAT dan DEKAT lagi kepada Yang Maha Pencipta.

Aku kini dan selamanya.


‎"Aku bangga menjadi wanita muslimah disaat wanita lain bangga menjadi wanita moden.
Aku tak kisah menyarung stokin kaki dimasa wanita lain sibuk menyingkatkan kainnya.
Aku gembira labuhnya tudungku menghiasi rupaku berbanding singkatnya tudung itu mempamer mahkotanya dan Aku senang sekali andai Allah tersenyum padaku melihat istiqamahnya aku mentaati perintah-Nya.."

Saturday, December 1, 2012

Waktu mustajab berdoa.



Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.

1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:

“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu

“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud

“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara Azan dan Iqamah

“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)

9. Ketika Hujan

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

Hidup adalah...



Hidup adalah sekali.
Mati pun sekali.
TAPI akhirat abadi.

Alhamdulillah :-)





Saya dapat segalanya yang terbaik hari ni..
TERIMA KASIH YA ALLAH..
Sujud Syukur, ucapan yang tidak terhingga buatMU..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu



Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?" Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!"
Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu pagi dan petang hari bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa ini). Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku."(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).
Maksud doa,"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Wednesday, November 28, 2012

Baitul Ateeq: Keajaiban Dunia Yang Terunggul Sepanjang Zaman!




Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.

Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.

Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.

Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.

Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.

Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.

Selain itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud ‘berkumpullah..berkumpullah’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.

Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.

Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua’lam.

Senyumlah Saudaraku :-)




"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan ringgit.
"SENYUM" tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 perkara yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa.
"SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,

"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah."
(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).



Penuhilah hari kita dgn senyuman manis agar semua ikut tersenyum kerana kita...

JAGALAH 7 SUNNAH RASULULLAH SAW.


JAGALAH 7 SUNNAH RASULULLAH SAW.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

TANDA-TANDA GOLONGAN MUNAFIK



Orang munafik adalah orang yang paling jahat dari semua orang dan layak untuk mendapatkan hukuman di hari kiamat. Ini karena mereka berperilaku sebagai Muslim, tetapi mereka adalah musuh yang paling jahat dari semua musuh karena mereka menyembunyikan kekufuran dan syirik. Pentingnya mempelajari kemunafikan adalah sebagaimana pentingnya mempelajari Tauhid karena keduanya saling berkaitan. Jika kita tidak mempelajari kufur, syirik dan nifaq, tidak dapat disangkal lagi, kita akan jatuh ke dalamnya, dan selanjutnya menjadi Kafir. Jika seseorang tidak mengetahui karektor dari Musyirikin, dia akan menjadi Musyrik. Dan sama halnya jika kita tidak mempelajari karektor munafik kita akan menjadi munafik. Hanya Mu’min dan Muslim sejati yang takut melakukan nifak atau kufur, dan hanya muwwahid yang takut untuk melakukan syirik. Satu-satunya orang yang dengan bebas melakukan kufur, nifak dan syirik adalah Kafir. Perhatian pertama bagi setiap Muslim adalah menjauhi kufur, syirik dan nifak, dan kemudian beribadah kepada Allah semata.

50 tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan sunnah, di antaranya ialah :

1-Malas beribadah kepada Allah.

2-Lupakan kepada Allah.

3-Lalaikan solat fardhu.

4-Mempercepatkan mengerjakan solat.(ertinya tanpa toma'ninah]

5-Gemar meninggalkan solat berjamaah.

6-Meninggalkan solat jumaat.

7-Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.

8-Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.

9-Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.

10-Mengamalkan riak.

11-Hasad dengki.

12-Dusta.

13-Mungkir janji.

14-Bakhil.

15-Fitnah.

16-Mencaci maki.

17-Mengumpat.

18-Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.

19-Mengengkari Takdir allah.

20-Mempersendakan kesucian Agama.

21-Enggan berjihad dijalan allah.

22-Menghina sahabat Rasullah shallallahu 'alaihi wasallam.

23-Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.

24-Menangguhkan pembayaran Hutang.

25-Menipu dalam jual beli.

26-Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).

27-Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.

28-Memakan harta anak yatim.

29-Membuka rahsia orang lain.

30-Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

31-Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.

32-Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.

33-Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.

34-Bermuka dua (talam dua muka).

35-Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

36-Sombong antara sesama manusia.

37-Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.

38-Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.

39-Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.

40-Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.

41-Keluh kesah apabila ditimpa musibah.

42-Menghianati sesuatu amanah.

43-Memutuskan hubungan silaturahim.

44-Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.

45-Menghalalkan perkara yang haram.

46-Membuat kerosakan dimuka bumi.

47-Menuduh orang beriman bodoh.

48-Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.

49-Bersumpah dengan selain nama Allah.

50-Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.


"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat".[Al-Baqarah:16]

Allah SWT Merahsiakan Masa Hadapan




Allah rahsiakan masa depan untuk menguji kita agar:

1.Berprasangka baik
2.Merencana dengan baik.
3.Berusaha yang terbaik serta
4.BERSYUKUR DAN BERSABAR.

Semoga Allah jadikan kita semua hambaNya
yanng mampu bersabar dan tidak tergesa-gesa, 
InsyaAllah, aamiin ..

Mengadulah Pada Allah SWT :-)


Assalamualaikum..
mengadulah pada Allah... minta ampunlah pada Allah..
Allah mengetahui akan apa yang ada di lubuk hatimu..
hanya Allah saja tempat untuk kamu kembali ;')

jangan pernah kamu meninggalkan Allah, 
kerana Allah tidak akan pernah meninggalkan kamu ;')


Tiada yang lebih mengerti perasaanmu melainkan Allah.. Tiada yang lebih dekat kepadamu, melainkan Allah.. Maka mintalah & adukan segalanya dalam sujudmu kepadaNya..


La Tahzan... Allah tahu mana yang terbaik buat hambanya ;')
harus kuat, harus tenang, harus bersabar......



Sebelum Tidur jangan lupa baca 3 Qul



Sebelum Tidur jangan lupa baca 3 Qul ini, dahulu.

Dari Saidatina Aisyah, "Sesungguhnya Nabi saw jika akan tidur, beliau merapatkan kedua telapak tangannya kemudian meniupnya, lalu membaca Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Sesudah itu beliau mengusap kedua tangannya ke badan, bermula kepala, wajah, lalu bagian depan badan. Demikian itu beliau lakukan 3x" (HR Bukhari)

Hafiz dan Hafizah




Menjadi seorang yang hafiz or hafizah memanglah agak sukar untuk dicapai. Tetapi banyak kelebihannya jika kita dapat menggapai impian ini. Hati terang, Nur alquran sentiasa berada di dalam jiwa. Nak belajar benda lain dah senang dah sebab yang susah(proses menghafal) sudah kita lulus.

Apapaun jika seorang ibu mahukan anak yg hafiz or hafizah , bukan lah nak menyusahkan anak-anak dengan meminta membuat perkara yang susah tetapi adalah utk kepentingan mereka di masa hadapan.

Seorang ibu atau bapa akan dpt sedikit tempiasnya, Jika mati ada yang boleh hadiahkan pahala membaca alquran walau dimana mereka berada(sebab kita tak sentaisa membawa al-quran)

Jika tetiba Allah tarikh penglihatan, Al-Quran dah ada dalam jiwa, kan senang.

Syukur Kepada Allah SWT



Jangan kita sangka semua org hidup sebahgia sepertimana kita, hanya kerana kita tidak menghadapi masalah, maka kita bersangka semua ok belaka, hakikatnya ada beribu yg menghadapi masalah, ada yg meluahkannya, ada yg menangis saban malam, dan berbagai lagi..

Bersyukurlah bagi yg tiada masalah itu dan janganlah terlalu sombong sgt terhadap mereka yg menghadapi masalah, sementelah kamu tidak berada ditempat mereka jangan terlalu mendabik dada, kelak mungkin suatu hari nanti giliran kamu pula yg akan tiba apabila kamu cuai menjaga dgn mensyukuri apa yg sudah kamu miliki ketika ini.

Taubat



Taubat tidak semestinya di atas sejadah atau di masjid, ia juga boleh semasa memandu, di hadapan komputer, di hadapan TV, di dapur dan sebagainya. Yang utama adalah penyesalan di dalam hati dan keazaman untuk tidak ulanginya serta titiskanlah air mata keinsafan tuh...

Astaghfirullah .. أستغفر الله
Astaghfirullah .. أستغفر الله
Astaghfirullah .. أستغفر الله

Aku mohon ampun pada Allah yang Maha Agung.

I seek forgiveness from Allah the Almighty... ^_^

Tuesday, November 27, 2012

Dilarang Tiup Minuman Panas




Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum...

Ternyata dalam penelitian Science,air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida ( CO2) yg dihembuskan oleh mulut (maanusia mengeluarkan CO2)maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat.Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka boleh mengakibatkan penyakit jantung.

SubhanALLAH, rupanya itulah rahsianya. Semoga bermanfaat.

Hikmah Tidur Sebelum Zuhur (Qailulah)


:: Rahsia Qailulah ::

Tidur seketika pada tengah hari disebut Qailulah dalam bahasa Arab, afternoon nap dalam bahasa Inggeris atau siesta dalam bahasa Latin yang diamalkan di Sepanyol dan Mexico.

Dalam kitab Fiqhus Sunnah terdapat keterangan sebagai berikut: “Terdapat sebuah hadis dari Ibnu Umar, beliau berkata, “Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah SAW suka tidur di masjid, kami tidur qailulah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda.” (Kitab Fiqhus Sunnah; Juz I; Hal. 252)

Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan, “Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailulah bukanlah satu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.”

Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata, “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari. Sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun daripada tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Bukan hanya sekadar untuk bermalas-malasan.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. (Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai “a midafternoon quiescent phase” atau “a secondary sleep gate”.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Parents and Sleep Deprivation)

Ternyata sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SAW merupakan suatu yang amat berfaedah. 


Monday, November 26, 2012

Tips cinta suami isteri ♥


Tips cinta suami isteri ♥

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

3. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

4. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan

Kematian



Sesungguhnya orang beriman percaya kematian hanyalah satu pintu kehidupan. Kematian bermakna menutup pintu kehidupan di dunia dan masuk pula ke pintu gerbang kehidupan akhirat. Kematian hanyalah satu tanda bahawa ujian di dunia ini telah sudah berakhir.. Selepas itu, kita akan melangkah pula ke dalam sebuah kehidupan lain, yakni kehidupan sesudah mati. - Fathuri Sallehuddin


" Mati tak terlepas kpd sesiapapun,solat dok tinggal pun mati,dok solat terus pun mati..kene yakinlah kite semua ni akan mati,tanam dlm hati kite bile Allah nok matikan kite,kite kena redha kerana kite nak jumpe Allah,sematkan dlm hati kemah keming walaupun dose kite banyak,siapa yg suke nak jumpe Allah maka Allah akan suke pada diri kite..bile Allah suka maka Dia akan ampunkan dose-dose kite..berdoalah agar kite panjang umur dalam ketaatan kepadaNye..jgn panjang umur tp lawan perintah dan hukum hakamNye..

-Ustak Azhar Idrus-Kitab Wasiat iman dan Nasihat agama..

Sunday, November 25, 2012

Jaga Aurat Anda Sebagai Wanita

Cara-cara menutup aurat yang dituntut oleh Islam: 


Firman Allah SWT:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur; Ayat 31)


Dewasa ini, semakin ramai wanita muslim mula mengenakan pemakaian tudung kepala dalam pelbagai bentuk dan fesyen menjadikannya seolah2 satu trend terhangat masakini. Namun, bertudung bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita Muslim agar menutup aurat.


Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:

1.Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. 

2.Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya. 

3.Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.



Gambar dibawah menunjukkan aurat seorang wanita dengan lelaki ajnabi dan mahram dalam ahli keluarganya.


I Love Al - Quran


Apabila lama kita tidak mendengar kuliah agama, tidak membaca Al-Quran dan melakukan kebaikan demi Allah, tahap keimanan kita akan menurun. Iman manusia perlukan suntikan ilmu dan amalan dari masa ke semasa. Oleh itu jangan biarkan diri terlalu lama hanyut dengan kesibukan dan keseronokan dunia.

Wasiat Rasulullah S.A.W

WASIAT RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM.

"Ya Muaz, Demi ALLAH aku sangat mengasihimu dan aku hendak wasiatkan kamu satu perkara. Iaitu: Janganlah sekali-kali kamu tinggalkan tiap-tiap lepas solat kamu satu doa iaitu:

ALLAHUMMA I'NNI 'ALA ZIKRIKA WA SHUKRIKA WA HUSNI 'IBADATIK

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, tolonglah aku dan bantulah aku dalam Mengingati-MU (beribadah kepada MU), dan bersyukur kepada MU dan dalam memperelokkan ibadah kepada MU".

- Dari Kitab Wasaya Ar Rasul-





Sama -sama kita amalkan dan berdoa kepada- Nya.

Friday, November 23, 2012

Mati Syahid atau Husnul Khatimah



19 Golongan Yang Akan Mati Dalam Husnul Khatimah

Sheikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya (Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al Qur’an dan Sunah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannya:

Sesungghnya Dzat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah. Allah Ta’alaa telah menetapkannya dengan kurnia dan kenikmatanNya. Maka siapa saja yang meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita gembira:

Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang shahih diantaranya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga". (hadits hasan).

Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh  berdasarkan hadits Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:

Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: ( bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Kematian seorang mukmin disertai keringat dikeningnya." ( hadits shahih ).

Ketiga: Mereka yang meninggal pada malam jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ( hadits dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih )

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Tidaklah seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah Melindunginya dari siksa kubur".

Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid dimedan perang sebagaimana firman Allah Ta’alaa :

Artinya:
"Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rizki disisi Tuhan mereka (169) Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum mengikuti mereka dibelakang janganlah mereka takut dan sedih (170) Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan karuniaNya dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman) (QS Ali Imran :169-171).
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari siksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat dihari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya." (hadits shahih).

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang dijalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Apa yang kalian nilai sebagai syahid diantara kalian ? mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh dijalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata:  jadi sesungguhnya para syuhada umatku sedikit ). Mereka berkata: lalu siapa mereka Ya Rasulullah ? Beliau berkata: ( barang siapa yang terbunuh dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati kerana wabak taun syahid, barangsiapa yang  mati kerana penyakit perut  syahid, dan orang yang tenggelam syahid)."

Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun, berdasarkan beberapa hadits diantaranya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Wabak taun merupakan kesyahidan bagi setiap muslim."( hadits shahih)

Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadits diatas.

Kelapan dan kesembilan: Mereka yang  mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak ta’un, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid dijalan Allah) ( hadits shahih)."

Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:

Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata:
"Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: tahukah kamu siapa syuhada dari umatku ? mereka berkata: terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya kesurga)". ( hadits shahih ).

Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada ditulang rusuk, ada beberapa hadits yang terkait yang paling masyhur:

Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’:
"Syuhada ada tujuh selain terbunuh dijalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid) (hadits shahih)."

Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadits:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Terbunuh dijalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati karena sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid." (hadits hasan).

Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadits diantaranya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barangsiapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh, maka dia syahid." (hadits shahih).

Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid." ( hadits shahih).

Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga diperbatasan) dijalan Allah. Ada dua hadits dalam hal itu salah satunya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezkinya dan diamankan dari fitnah." ( hadits shahih).

Kelapan belas: mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadits:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barangsiapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga) ( hadits shahih).

Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya." Hadits dikeluarkan oleh Al Hakim dan dishahihkannya dan Al Khatib.




Tingginya Nilai Mati Syahid Di sisi Allah

Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)

Firman Allah lagi,maksudnya:

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (A-li’Imraan 3:170)

Orang Yang Mati Syahid Sahaja Yang Mengharap Kembali Ke Dunia

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Tidak seorang pun yang telah masuk syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab kemuliaan (mati syahid) yg dilihatnya (yang diberikan kepadanya). “Dalam riwayat lain. “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.” (HR Bukhari dan Muslim)

Keberuntungan di kalangan ahli keluarga yang mati syahid dan orang yang bersungguh-sungguh untuk syahid

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :

“Seorang yang mati syahid dapat memberi syafaat (pertolongan) bagi tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :

“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya.” (HR Muslim)


Sunnah Nabi SAW Sebelum, Ketika dan Selepas Tidur.

SUNNAH RASULULLAH SEBELUM , KETIKA DAN SELEPAS TIDUR  


       

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:

1.Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2.Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3.Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4.Membaca 4 Qul kalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.

5.Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang

6.Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.

7.Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.



Peringatan:

Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.

Kaya Serta Bertaqwa

Lebih baik MISKIN dan BERTAQWA berbanding KAYA tetapi BERLUMURAN DENGAN DOSA

Namun, adalah lebih baik lagi apabila berdoa kepada ALLAH SWT agar menjadi hamba yang KAYA serta BERTAQWA, kerana tidak menjadi masalah untuk memiliki kedua-duanya. In Shaa Allah.

Thursday, November 22, 2012

SIAPAKAH???





Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan....

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.....

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu yang dibacanya tanpa dia menyampaikan pula pada org lain




Puasa Sunat 9 & 10 Muharram

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau
lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita
disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram
ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan
puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram)
maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka
boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10
Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada
lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan
dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58



MAKSUD: (Kepada mereka dikatakan):"Salam," sebagai ucapan selamat daripada Tuhan Yang Maha Penyayang.




✿~✿ RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58✿~✿

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.


Jika boleh niatkan sebegini: 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam 
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat. 
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin 
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin 
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... 

AMIN.

Solat Dhuha Murah Rezeki



Amalan Solat Dhuha Murah Rezeki

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.


Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher



Wanita Solehah




Setiap insan yg bernama wanita pasti ada perasaan ingin menjadi yang terbaik dalam hidupnya samada sebgai rakan yg terbaik, anak yg terbaik, isteri yg terbaik atau muslimah yg terbaik kerana semua perasaan itu adalah satu kurnian dari Allah swt. Perasaan itu juga merupakan sebagai satu petanda bahawa iman masih ada dlm diri walaupun kita kekadang berasa yg kita terlalu dekat dengan kemungkaran dosa dan terlalu jauh dengan hidayahnya. Insyallah selalulah bermuhasabah diri dan positif pd diri kita bahawa Allah masih dan sentiasa ingat pada kita cuma kita sahaja yang selalu lupa padanya. Cara untuk kita ingat padanya hanyalah dengan mengerjakan solat kerana ketika solat kita amat hampir padanya dan semoga Allah memberi kekuatan pada kita untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan untuk berubah dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan perlindungan kepada kita semua. Bersabarlah, Bermuhasabahlah dan Berdoalah insyallah pasti kita boleh berjaya, insyallah.

"Wanita solehah itu tidak suka mengenali atau dikenali, tidak suka memandang dan dipandang. Di bibirnya tidak meniti nama-nama lelaki dan di bibir lelaki-lelaki tidak meniti namanya" Saidatina Fatimah Radiyallahuanha

RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH

1. Mendirikan solat

Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya

Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

Buku " Mudahnya Menjemput Rezeki"

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!

... ada pula janji menarik daripada Allah bagaimana untuk menambah rezeki. Bukan itu sahaja, malah diberi pula formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berada di tangan boleh terus berkembang. Bukan sekadar itu, Allah berikan lagi formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berkembang dan bertambah banyak tidak pula musnah.Saya percaya dan rasa sangat yakin, dengan mengetahui formula ini, kita sudah menemukan kunci bagaimana untuk keluar daripada kesulitan hidup 

Saya sarankan dapatkanlah buku ini..salah-satu punca hidup saya berubah disebabkan buku ni.

Dan jika anda ingin dapatkan buku “Mudahnya Menjemput Rezeki“, dapatkannya melalui link ini:

Wednesday, November 21, 2012

Pasangan Yang Baik



Di sini saya ingin berkongsi di mana pasangan yang baik sangat penting dalam hidup kita. Hargailah dia sementara dia ada..saya beruntung kerana mempunyai suami yang sangat baik, penyayang, penyabar dan sentiasa berfikiran positif. Betullah orang kata pasangan suami isteri ni saling lengkap melengkapi. Dia telah banyak mengajar saya erti sabar dalam kehidupan ini. Tak pernah saya melihat dia marah dan berputus asa dalam apa hal... Syukur kepada Allah SWT telah menemukan ku dengan jodohku...memang dah tertulis di kitab (Lauh Mahfuz) jodoh , ajal , maut semuanya di tangan Allah SWT. Firman Allah:

"Setiap bencana yang menimpa dibumi dan yang menimpa dirimu sendiri , semuanya sudah tertulisdalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Al-Hadid 57:22) "

Di sini saya kongsikan 10 Tips Bagaimana Anda Boleh Menjadi Pasangan Yang Baik.

1) Terima seadanya
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri.Jangan terlalu mahukan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8 ) Jaga komitmen antara satu sama lain
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.
 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.