Pages

Wednesday, November 21, 2012

Sharing Is Caring


Blog ni dibuat apabila saya mendapat ilham ketika dalam solat. Dimana niat saya untuk berkongsi dengan semua pembaca agar segala maklumat dan info yang akan dikongsikan akan dapat manfaat pada semua orang dan In Shaa Allah akan menjadi saham saya di akhirat kelak. Perkongsian mengenai agama , kehidupan harian saya alami sendiri dan saya ingin berkongsi dengan anda, di mana suatu ketika dahulu saya sungguh jahil dan lalai dengan kenikmatan dunia ini sehingga saya lupakan Dia yang Maha Esa. Banyak perkara telah terjadi hidup saya susah untuk sebutkan satu-satu. Apa perkara jahat yang tak pernah saya buat...alhamdulillah saya diberi petunjuk dan mungkin didikan dan doa dari EMAK dan AYAH untuk kembali semula dan diberikan petunjuk dari yang Maha Esa dan Maha Pengampun. Sesungguhnya tuhanmu hanya tunggu umatnya untuk bertaubat kerana pintu taubat masih lagi terbuka ..jangan sampai bila datang Hari Pembalasan di mana semua pintu taubat akan tertutup dan ketika itu kita meminta -minta agar diampunkan dosa.

Saya tidaklah bagus sangat..saya pun masih dalam usaha membersihkan jiwa dan berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Diminta agar segala ibadah dan doaku dimakbulkan kerana banyak sangat dosa-dosa pada masa lalu yang telah daku lakukan. In Shaa Allah harap blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua orang walaupun saya tiada di dunia ini nanti.

0 comments:

Post a Comment

 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.